MINGGU ANTI DADAH 2010

Pelancaran Minggu Anti Dadah peringkat sekolah telah diadakan pada 5/4/2010 (Isnin) bersempena dengan Minggu Anti Dadah peringkat kebangsaan dengan tema 1Malaysia Membanteras Dadah. Ianya dikendalikan oleh Unit Bimbangan & Kaunseling (HEM).

Antara matlamat utama program ini dijalankan adalah untuk menyedarkan bahawa dadah akan memudaratkan nyawa dan kesihatan serta membahayakan keselamatan masyarakat dan untuk memastikan murid-murid mempunyai pengetahuan dan kemahiran mengenai gaya hidup sihat dan mengamalkannya.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah ceramah anti dadah oleh AADK, pertandingan mewarna & melukis dan pameran dadah.

Slide Program Anti Dadah

Slide Pameran Anti Dadah.


0 comments:

Post a Comment